Barangsiapa membaca ayat Surah yunus (81-82) sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah :
1) Segala kelemahan bertukar kepada kekuatan
2) Kehinaan berganti dengan kemuliaan
3) Segala hutangnya dapat dijelaskan
4) Terhindar dari dukacita
5) Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya
“Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:” Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. (81) “Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa”(82).
“Dan Kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan sekatan di belakang mereka . lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat’.
Kegunaan ayat ini ialah untuk menolak kejahatan musuh dan supaya mereka terkepung. Bacalah ayat ini beberapa kali pada segenggam tanah atau pasir, kemudian dihamburkan ke arah mereka. Amalkan juga setiap lepas solat fardu.
LAQAD JA AKUM RASULUN MIN AMFUSIKUM AZIZUN ALAIHI MA ANITTUM HARISUN ALAIKUM BIL MU’MININA RAUPUN RAHIM …… FA IN TAWALLAW FAKUL HASBIYALLAHU LAA ILAHA ILLA HUWA ALAIHI TAWAKKALTU WA HUWA RABBUL ARSYIL ADZIIM……
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.”
Itulah bunyi dari surat At-Taubah ayat 128-129. mempunyai khasiat bermacam-macam bila di amalkan secara rutin.
- dibaca 7 x selepas solat maghrib, Insya Allah rezeki akan lancar
- di baca 7 x selepas solat subuh, Insya Allah membentengi diri kita dari ilmu hitam
- di baca 100 kali selepas solat hajat, Insya Allah mempercepat terkabulnya hajat.
- dan masih banyak lagi, seperti, disukai masyarakat , di sayangi, di segani kawan maupun lawan. (rc)
sumber: tasbihnews.com